Selamat datang Ke Laman Web Koperasi Janaharta Adikuasa Sukses Berhad
Selamat datang ke KJHAAS
BERSATU BERSAMA MEMBINA MASYARAKAT EFISYEN & BERJAYA
PENDIDIKAN, LATIHAN DAN PERNIAGAAN
JOMBERJAYABERSAMA-SAMA
Koperasi JHAAS telah diilhamkan oleh Encik Sivarajah, Pengerusi Koperasi Janaharta Adikuasa Sukses Berhad pada tahun 2022. Koperasi ini bertujuan untuk membantu lebih banyak lagi komuniti berbangsa India untuk menceburi perniagaan dan memberikan pendedahan kepada mereka secara meluas kepada platform e-dagang selaras dengan matlamat transformasi digital dunia.
Pengurusan Koperasi Janaharta Adikuasa Sukses Berhad ditadbir seramai 6 orang Ahli Lembaga Kuasa. Peranan angota Lembaga lebih kepada menetapkan dasar, memantau pelaksanaan projek-projek serta aktiviti-aktiviti koperasi yang dikenalpasti dan dirancang serta memastikan kebajikan anggota terpelihara .
Koperasi Janahrta Adikuasa Sukse Berhad merupakan 100% koperasi kaum India. Aktiviti-aktiviti kami merangkumi menyediakan kursus dan kelas pendidikan, menjalankan aktiviti perniagaan perladangan dan industri asas tani. Koperasi Janaharta Adikuasa SukseS Berhad sentiasa berusaha menceburi idea-idea baru agar kami terus berkembang dan kekal relevan.